Nabi Muhammad saw adalah insan terpuji yang menjadi contoh kepada
setiap manusia tidak kira mereka yang beragama islam ataupun tidak.
Bahkan mereka yang bukan beragama islam telah membuat kajian untuk
mencari kelemahan dan kekurangan baginda, namun tidak ditemui sebarang
kekurangan. Sungguh kita semua bertuah dijadikan sebagai umat akhir
zaman,walaupun kita semua berasal dari rumpun bangsa yang berbeza (hatta
juga agama) kita mengenali Nabi Muhammad saw lantaran adanya internet
sebgai perantaraan.
Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan harian Nabi saw
sebagai contoh ikutan untuk kita setiap hari. Jangan dilupakan juga buat
muslimin maslimat agar sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad
saw kerana ia merupakan hadiah yang khusus untuk setiap orang islam
untuk Nabi Muhammad saw. Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi
Muhammad saw. Berikut adalah antara amalan harian yang kita wajar
jadikan contoh dan teladan dalam melalui kehidupan harian. InsyaAllah.
-
Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
-
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
-
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap
hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
-
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan
daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
-
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami
akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
-
ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan selawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
-
Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil
makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya
sebagai simbolik kesopanan.
-
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
-
Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun
hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
-
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
-
Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
janggutnya-Tirmizi
-
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan
dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.
-
Sahabat meriwayatkan:
Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
-
Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada
malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang
dihadapi oleh para nabi.
-
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air
dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
-
Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.
-
Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
-
Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah.
-
Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah
supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa
seketika bersama makmum
-
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
-
Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
-
Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman .
-
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai
solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang
bencana
-
Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.
Selain membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan
dengan hidung
-
Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga
kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari
-
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH
akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
-
Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari.
Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di
kiri badan) mengepam darah
-
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan
daripadaNYA
-
,Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas
lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) – Bukhari
-
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH
-
Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu
mandi wajib jika ingin tidur.
-
Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
melalaikan .
-
Silangkan kaki jika tidur di masjid.
-
Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
-
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada
baginda SAW.
-
Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu
dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit
tetapi maknanya yang menyeluruh.
-
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
-
Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga
kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari
-
Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
-
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang.
-
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi
bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
-
Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas
RahmatNya. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak
100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya – Abu Naim
-
Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
-
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH
akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
-
Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
-
Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
-
Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
-
Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira
berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
penyakit berbahaya yang lain
-
Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya
ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba
terhadap ALLAH – Abu Dawud
-
Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya
-
Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam
sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.
-
Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib
-
Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
-
Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan
senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan
usaha yang berterusan.
No comments:
Post a Comment